Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Para nabi dan para rasul merupakan penghulu-penghulu penduduk syurga

Teks Bahasa Arab

النَّبِيُّونَ وَالمُرْسَلُونَ سَادَةُ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَالشُّهَدَاءُ قُوَّادُ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَحَمَلَةُ الْقُرْآنِ عُرَفَاءُ أَهْلِ الْجَنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Para nabi dan para rasul merupakan penghulu-penghulu penduduk syurga, para syuhada pula ialah pemandu-pemandu penduduk syurga dan orang yang mengamalkan al-Quran ialah orang-orang arif penduduk syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 76, hadis no. 441. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Hafs bin Jam', seorang matruk (ditinggalkan hadithnya). Al-Daraqutni turut meriwayatkannya melalui hadith Anas, dalam sanadnya terdapat Mujashi' bin 'Amr, beliau pemalsu hadith. Hadith tersebut mempunyai sokongan melalui hadith 'Ali yang dikeluarkan oleh Ibn al-Najjar, dalam sanadnya terdapat Muhammad bin al-Ash'ath, beliau meriwayatkan daripada ahli bait satu naskhah yang batil.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.