Para malaikat mengawasi dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أشرفت الملائكة على الدنيا فرأت بني آدم يعصون فقالوا: يا رب ما أجهل هؤلاء، ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك. فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟ قال: فاختاروا منكم ملكين. فاختاروا هاروت وماروت ثم أهبطا إلى الدنيا وركبت فيهما شهوات بني آدم ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى وقعا في المعصية، فقال الله عز وجل لهما: اختارا عذاب الدنيا أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما تقول؟ قال: أقول: إن عذاب الدنيا ينقطع وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا، فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه { وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت }

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para malaikat mengawasi dunia lalu mereka melihat anak Adam melakukan maksiat, maka mereka berkata: Wahai Tuhan, alangkah jahilnya mereka ini! Alangkah sedikitnya pengetahuan mereka ini terhadap keagungan-Mu. Maka Allah Ta’ālā berfirman: Jikalau kalian berada di tempat mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepadaku. Para malaikat berkata: Bagaimanakah ia terjadi sedangkan kami ini bertasbih dengan memuji-Mu serta mensucikan-Mu? Allah berkata: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Baginda berkata: Mereka pun memilih Harut dan Marut, lalu kedua-duanya diturunkan ke dunia. Kemudian diberikan kepada mereka syahwat anak-anak Adam, dan dibentukkan kepada mereka berdua seorang perempuan. Kedua-duanya tidak dapat menghalang diri mereka melainkan mereka terjebak juga kepada maksiat. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Kamu berdua memilih azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka melihat kepada sahabatnya, lalu berkata: Apa pendapat kamu? Sahabatnya berkata: Aku berpendapat bahawa azab dunia ini akan terhenti, manakala azab akhirat itu tidak akan terhenti. Maka kedua-duanya pun memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azza wa Jalla sebutkan dalam kitab-Nya:
وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ
Maksudnya: dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut.” (Al-Baqarah: 102)

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 166, hadis nombor 832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أشرفت الملائكة على الدنيا فرأت بني آدم يعصون فقالوا: يا رب ما أجهل هؤلاء، ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك. فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟ قال: فاختاروا منكم ملكين. فاختاروا هاروت وماروت ثم أهبطا إلى الدنيا وركبت فيهما شهوات بني آدم ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى وقعا في المعصية، فقال الله عز وجل لهما: اختارا عذاب الدنيا أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما تقول؟ قال: أقول: إن عذاب الدنيا ينقطع وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا، فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه { وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت }.
[هب، ((الضعيفة)) (6656)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Para malaikat mengawasi dunia lalu mereka melihat anak Adam melakukan maksiat, maka mereka berkata: Wahai Tuhan, alangkah jahilnya mereka ini! Alangkah sedikitnya pengetahuan mereka ini terhadap keagungan-Mu. Maka Allah Ta’ālā berfirman: Jikalau kalian berada di tempat mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepadaku. Para malaikat berkata: Bagaimanakah ia terjadi sedangkan kami ini bertasbih dengan memuji-Mu serta mensucikan-Mu? Allah berkata: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Baginda berkata: Mereka pun memilih Harut dan Marut, lalu kedua-duanya diturunkan ke dunia. Kemudian diberikan kepada mereka syahwat anak-anak Adam, dan dibentukkan kepada mereka berdua seorang perempuan. Kedua-duanya tidak dapat menghalang diri mereka melainkan mereka terjebak juga kepada maksiat. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Kamu berdua memilih azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka melihat kepada sahabatnya, lalu berkata: Apa pendapat kamu? Sahabatnya berkata: Aku berpendapat bahawa azab dunia ini akan terhenti, manakala azab akhirat itu tidak akan terhenti. Maka kedua-duanya pun memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azza wa Jalla sebutkan dalam kitab-Nya: وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ Maksudnya: dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut.” (Al-Baqarah: 102)
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.