Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشرفتِ الملائكةُ على الدنيا فرأتْ بني آدمَ يعصونَ فقالوا: يا ربِّ ما أجهلَ هؤلاءِ، ما أقلَّ معرفةَ هؤلاءِ بعظمتِكَ. فقال اللهُ تعالى: لو كنتم في مسلاخِهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكونُ هذا ونحنُ نسبحُ بحمدِكَ ونقدسُ لكَ؟ قال: فاختاروا منكم مَلَكَيْنِ. فاختاروا هاروتَ وماروتَ ثم أُهبطا إلى الدنيا ورُكِّبتْ فيهما شهواتُ بني آدمَ ومُثِّلَتْ لهما امرأةٌ فما عُصِمَا حتى وقعا في المعصيةِ، فقال اللهُ عزَّ وجلَّ لهما: اختارا عذابَ الدنيا أو عذابَ الآخرةِ؟ فنظرَ أحدُهما إلى صاحبِهِ فقال: ما تقولُ؟ قال: أقولُ: إنَّ عذابَ الدنيا ينقطعُ وإنَّ عذابَ الآخرةِ لا ينقطعُ، فاختارا عذابَ الدنيا، فهما اللذانِ ذَكَرَهُمَا اللهُ عزَّ وجلَّ في كتابِه { وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ }
Teks Bahasa Melayu
Para malaikat mengawasi dunia lalu mereka melihat anak Adam melakukan maksiat, maka mereka berkata: Wahai Tuhan, alangkah jahilnya mereka ini! Alangkah sedikitnya pengetahuan mereka ini terhadap keagungan-Mu. Maka Allah Ta'ālā berfirman: Jikalau kalian berada di tempat mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepadaku. Para malaikat berkata: Bagaimanakah ia terjadi sedangkan kami ini bertasbih dengan memuji-Mu serta mensucikan-Mu? Allah berkata: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Baginda berkata: Mereka pun memilih Harut dan Marut, lalu kedua-duanya diturunkan ke dunia. Kemudian diberikan kepada mereka syahwat anak-anak Adam, dan dibentukkan kepada mereka berdua seorang perempuan. Kedua-duanya tidak dapat menghalang diri mereka melainkan mereka terjebak juga kepada maksiat. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Kamu berdua memilih azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka melihat kepada sahabatnya, lalu berkata: Apa pendapat kamu? Sahabatnya berkata: Aku berpendapat bahawa azab dunia ini akan terhenti, manakala azab akhirat itu tidak akan terhenti. Maka kedua-duanya pun memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azza wa Jalla sebutkan dalam kitab-Nya: وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ Maksudnya: dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut.” (Al-Baqarah: 102)
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 166, hadis no. 832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أشرفت الملائكة على الدنيا فرأت بني آدم يعصون فقالوا: يا رب ما أجهل هؤلاء، ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك. فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟ قال: فاختاروا منكم ملكين. فاختاروا هاروت وماروت ثم أهبطا إلى الدنيا وركبت فيهما شهوات بني آدم ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى وقعا في المعصية، فقال الله عز وجل لهما: اختارا عذاب الدنيا أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما تقول؟ قال: أقول: إن عذاب الدنيا ينقطع وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا، فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه { وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت }. [هب، ((الضعيفة)) (6656)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Para malaikat mengawasi dunia lalu mereka melihat anak Adam melakukan maksiat, maka mereka berkata: Wahai Tuhan, alangkah jahilnya mereka ini! Alangkah sedikitnya pengetahuan mereka ini terhadap keagungan-Mu. Maka Allah Ta'ālā berfirman: Jikalau kalian berada di tempat mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepadaku. Para malaikat berkata: Bagaimanakah ia terjadi sedangkan kami ini bertasbih dengan memuji-Mu serta mensucikan-Mu? Allah berkata: Pilihlah dua malaikat dalam kalangan kamu. Baginda berkata: Mereka pun memilih Harut dan Marut, lalu kedua-duanya diturunkan ke dunia. Kemudian diberikan kepada mereka syahwat anak-anak Adam, dan dibentukkan kepada mereka berdua seorang perempuan. Kedua-duanya tidak dapat menghalang diri mereka melainkan mereka terjebak juga kepada maksiat. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Kamu berdua memilih azab dunia atau azab akhirat? Salah seorang mereka melihat kepada sahabatnya, lalu berkata: Apa pendapat kamu? Sahabatnya berkata: Aku berpendapat bahawa azab dunia ini akan terhenti, manakala azab akhirat itu tidak akan terhenti. Maka kedua-duanya pun memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azza wa Jalla sebutkan dalam kitab-Nya: وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ Maksudnya: dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut.” (Al-Baqarah: 102) [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman