Para malaikat memantau dunia, lalu mereka melihat anak Adam sedang bermaksiat

TEKS BAHASA ARAB

أشرفت الملائكة على الدنيا، فرأت بني آدم يعصون، فقالوا: يا رب! ما أجهل هؤلاء! ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك! فقال الله – تعالى -: لو كنتم في مِسلاخِهم لعصيتُموني، قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟! قال: فاختاروا منكم ملكين، قال: فاختاروا هاروت وماروت، ثم أهبطا إلى الدنيا، وركبت فيهما شهوات بني آدم، ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى واقعا المعصية، فقال الله – عز وجل – لهما: اختارا عذاب الدنيا أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه، فقال: ما تقول؟ قال: أقول: إن عذاب الدنيا ينقطع، وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا، فهما اللذان ذكرهما الله – عز وجل – في كتابه: {وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت} [البقرة: 102].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para malaikat memantau dunia, lalu mereka melihat anak Adam sedang bermaksiat. Lalu mereka berkata: “Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka ini! Betapa sedikitnya pengetahuan mereka tentang keagungan-Mu!”. Maka Allah SWT berfirman: “Jika kalian ada pada kedudukan mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepada-Ku”. Para malaikat berkata: “Bagaimana boleh berlaku sebegini, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?!”. Allah berfirman: “Pilihlah dua malaikat daripada kalangan kalian”. Dia berkata: Maka mereka pun memilih Hārūt dan Mārūt, kemudian mereka berdua turun ke dunia dan diletakkan pada mereka berdua syahwat anak Adam serta dijelmakan kepada mereka seorang perempuan. Mereka berdua tidak terpelihara sehinggalah mereka terjebak dalam maksiat. Lalu Allah Azzawajalla berfirman kepada mereka berdua: “Pilihlah azab dunia atau azab akhirat?”. Lalu salah seorang mereka memandang sahabatnya seraya berkata: “Apakah yang kata kamu?”. Sahabatnya menjawab: “Aku katakan bahawa sesungguhnya azab dunia akan berhenti, adapun sesungguhnya azab akhirat tidak akan terhenti”. Maka mereka berdua telah memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azzawajalla telah firmankan dalam kitab-Nya: "Dan apa yang diturunkan atas dua malaikat di Babil, Hārūt dan Mārūt". [Al-Baqarah: 102].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 562-563, hadis nombor 2919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أشرفت الملائكة على الدنيا، فرأت بني آدم يعصون، فقالوا: يا رب! ما أجهل هؤلاء! ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك! فقال الله – تعالى -: لو كنتم في مِسلاخِهم لعصيتُموني، قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟! قال: فاختاروا منكم ملكين، قال: فاختاروا هاروت وماروت، ثم أهبطا إلى الدنيا، وركبت فيهما شهوات بني آدم، ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى واقعا المعصية، فقال الله – عز وجل – لهما: اختارا عذاب الدنيا أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه، فقال: ما تقول؟ قال: أقول: إن عذاب الدنيا ينقطع، وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا، فهما اللذان ذكرهما الله – عز وجل – في كتابه: {وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت} [البقرة: 102]». [هب، ((الضعيفة)) (6656)].

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Para malaikat memantau dunia, lalu mereka melihat anak Adam sedang bermaksiat. Lalu mereka berkata: “Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka ini! Betapa sedikitnya pengetahuan mereka tentang keagungan-Mu!”. Maka Allah SWT berfirman: “Jika kalian ada pada kedudukan mereka nescaya kalian juga akan bermaksiat kepada-Ku”. Para malaikat berkata: “Bagaimana boleh berlaku sebegini, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?!”. Allah berfirman: “Pilihlah dua malaikat daripada kalangan kalian”. Dia berkata: Maka mereka pun memilih Hārūt dan Mārūt, kemudian mereka berdua turun ke dunia dan diletakkan pada mereka berdua syahwat anak Adam serta dijelmakan kepada mereka seorang perempuan. Mereka berdua tidak terpelihara sehinggalah mereka terjebak dalam maksiat. Lalu Allah Azzawajalla berfirman kepada mereka berdua: “Pilihlah azab dunia atau azab akhirat?”. Lalu salah seorang mereka memandang sahabatnya seraya berkata: “Apakah yang kata kamu?”. Sahabatnya menjawab: “Aku katakan bahawa sesungguhnya azab dunia akan berhenti, adapun sesungguhnya azab akhirat tidak akan terhenti”. Maka mereka berdua telah memilih azab dunia. Mereka berdua itulah yang Allah Azzawajalla telah firmankan dalam kitab-Nya: "Dan apa yang diturunkan atas dua malaikat di Babil, Hārūt dan Mārūt". [Al-Baqarah: 102]. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6656].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs