TEKS BAHASA ARAB
أنشد الله رجال أمتي لا يدخلوا الحمام إلا بمئزر، وأنشد الله نساء أمتي أن لا يدخلن الحمام
TEKS BAHASA MALAYSIA
Diminta kepada Allah agar para lelaki dalam kalangan umatku agar tidak masuk ke tempat mandi kecuali dengan memakai kain sarung dan diminta kepada Allah agar kaum wanita dalam kalangan umatku tidak boleh masuk ke tempat mandi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1217, hadis nombor 6198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أنشد الله رجال أمتي لا يدخلوا الحمام إلا بمئزر، وأنشد الله نساء أمتي أن لا يدخلن الحمام.
[ابن جميع في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (5696)]
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Diminta kepada Allah agar para lelaki dalam kalangan umatku agar tidak masuk ke tempat mandi kecuali dengan memakai kain sarung dan diminta kepada Allah agar kaum wanita dalam kalangan umatku tidak boleh masuk ke tempat mandi.
[Riwayat Ibn Jumai’ dalam Mu’jam beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5696]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.