TEKS BAHASA ARAB
الفقهاء أمناء الرسل؛ ما لم يدخلوا في الدنيا. قيل: يا رسول الله! وما دخولهم في الدنيا؟ قال: اتباع السلطان، فإذا فعلوا ذلك، فاحذروهم على أديانكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Para fuqaha’ adalah pemegang amanah para Rasul; selagi mana mereka tidak masuk (terlibat) ke dalam dunia (urusan). Baginda ditanya: Apakah maksud mereka masuk ke dalam dunia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mengikuti pemerintah, apabila mereka melakukan sedemikian, maka berwaspadalah terhadap mereka bagi agama-agama kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246, hadis nombor 6358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: الفقهاء أمناء الرسل؛ ما لم يدخلوا في الدنيا. قيل: يا رسول الله! وما دخولهم في الدنيا؟ قال: اتباع السلطان، فإذا فعلوا ذلك، فاحذروهم على أديانكم.
[الضبي في ((المجلس الخمسين من الأمالي))، ((الضعيفة)) (2034)]
(Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para fuqaha’ adalah pemegang amanah para Rasul; selagi mana mereka tidak masuk (terlibat) ke dalam dunia (urusan). Baginda ditanya: Apakah maksud mereka masuk ke dalam dunia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mengikuti pemerintah, apabila mereka melakukan sedemikian, maka berwaspadalah terhadap mereka bagi agama-agama kamu.
[Riwayat al-Dabbiy dalam al-Majlis al-Khamsin Min al-Amaliy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2034]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.