TEKS BAHASA ARAB
القراء عرفاء أهل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Para al-qurra’ (pembaca al-Qur’an) adalah orang-orang yang arif dalam kalangan ahli syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258, hadis nombor 6424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: القراء عرفاء أهل الجنة.
[ابن جميع في ((معجمه))، الضياء، ((الضعيفة)) (2561)].
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: Para al-qurra’ (pembaca al-Qur’an) adalah orang-orang yang arif dalam kalangan ahli syurga.
[Riwayat Ibn Jumai’ dalam Mu’jam beliau, al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2561]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.