Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Panji Rasulullah SAW pada hari Uhud adalah bersama Ali, panji orang Musyrik pula bersama Talhah bin Abu Talhah

Teks Bahasa Arab

حديث: كَانَتْ رَايَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ مَعَ عَلِيٍّ، وَرَايَةُ الْمُشْرِكِينَ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، وَفِيهِ: أَنَّهُ حَمَلَ رَايَةَ الْمُشْرِكِينَ سَبْعَةٌ فَقَتَلَهُمْ عَلِيٌّ. فَقَالَ جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ: مَا هَذِهِ الْمُوَاسَاةُ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: أَنَا مِنْهُ وَهُوَ مِنِّي، ثُمَّ سَمِعْنَا صَائِحًا فِي السَّمَاءِ يَقُولُ: لا سَيْفَ إِلا ذُو الْفَقَارِ، وَلا فَتًى إِلا عَلِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Panji Rasulullah SAW pada hari Uhud adalah bersama Ali. Panji orang Musyrik pula bersama Talhah bin Abu Talhah. Dalam hadith ini menyebut : Panji orang Musyrik dibawa oleh tujuh orang lalu dibunuh oleh Ali. Jibril berkata: Wahai Muhammad, apakah perasaan yang melapangkan ini? Nabi SAW bersabda: Aku adalah daripada beliau dan beliau adalah daripadaku. Lalu kami mendengar suara berteriak di langit berkata: Tiada pedang melainkan pedang Zul Faqar, dan tiada pemuda kecuali Ali.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 371-372, hadis no. 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي رافع مرفوعا ، وفي إسناده: عيسى بن مهران، وهو رافضي، يحدث بالموضعات، وقد أدخل هذا الحديث ابن الجوزي في الموضوعات، وتبع ابن حبان في ذلك. قال ابن طاهر في تذكرته: هذه القصة في كتاب النسب للزبير بن بكار.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Rafi’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Isa bin Mahran, seorang rafidhi (puak Syiah), dia meriwayatkan hadith-hadith palsu, Ibn al-Jauzi memasukkan hadith ini ke dalam al-Maudhu'at, Ibn Hibban juga mengikuti perkara tersebut. Ibn Tahir berkata dalam al-Tazkirah: Kisah ini dalam kitab al-Nasab oleh al-Zubair bin Bakkar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.