Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangnya

TEKS BAHASA ARAB

يخرج من خراسان رايات سود، لا يردها شيء حتى تنصب بإيلياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangnya hinggalah ia dipacak di Iliya’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1350, hadis nombor 6896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: يخرج من خراسان رايات سود، لا يردها شيء حتى تنصب بإيلياء.
[ت، حم، ((الضعيفة)) (4825)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Panji-panji hitam akan keluar daripada Khurasan, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangnya hinggalah ia dipacak di Iliya’
[Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4825]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.