Panji-panji (bendera) yang akan dibawa oleh ‘Ali pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللواء يحمله علي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Panji-panji (bendera) yang akan dibawa oleh ‘Ali pada hari kiamat.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 154, hadis nombor 457. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: اللِّوَاء يحملهُ عَليّ يَوْم الْقِيَامَة.
مَوْضُوع لَا أصل لَهُ قَالَ المنوفي: حسنه الْهَرَوِيّ، وَلَيْسَ كَذَلِك، بل صرح جمع من محققي الْحفاظ بِأَنَّهُ مُنكر مَوْضُوع لَا أصل لَهُ. انْتهى.
لَكِن ورد من طرق مُتعَدِّدَة فَيحمل على الضعْف، لَا الْوَضع.

Hadith: “Panji-panji (bendera) yang akan dibawa oleh ‘Ali pada hari kiamat.”
Ia palsu, tiada asalnya. al-Manufi berkata: al-Harawi menilainya hasan, padahal tidak sebegitu. Sekumpulan ulama huffaz menegaskan hadith ini munkar palsu dan tiada asal.
Akan tetapi hadith ini diriwayatkan menerusi jalur sanad yang pelbagai, justeru dianggap lemah bukan palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs