Panji-panji anak al-Abbas datang daripada anak-anak Khurasan, mereka datang untuk menafikan Islam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أقبلت رايات ولد العباس من عقاب خراسان، جاءوا بنفي الإسلام، فمن سار تحت لوائهم لم تنله شفاعتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Panji-panji anak al-Abbas datang daripada anak-anak Khurasan, mereka datang untuk menafikan Islam. Maka sesiapa yang berada di bawah panji mereka, dia tidak akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 410-411, hadis nombor 163. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وقال الجوزقاني: هذا حديث باطل، وقال في إسناده: عمرو بن واقد وليس بشيء. قال في اللآلىء: روى له الترمذي وابن ماجه.

Ia palsu. Al-Jauzaqani berkata: Ini hadith yang batil. Dia berkata pada sanadnya terdapat Amru bin Waqid, dia tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Dia berkata dalam al-Laali’: Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs