Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طُولُ اللِّحْيَةِ دَلِيلُ [قِلَّةِ] الْعَقْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Panjang janggut adalah bukti kepada (rendahnya) akal.
Sahabat Perawi
- Amr bin al'As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 55, hadis no. 217. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لايعرف بهذا. وعند الديلمي حديث عمرو بن العاص: ((اعتبروا عقل الرجل في ثلاث: في طول الحيته، وكنيته، ونقش خاتمة)) وهو: واه.
Tidak diketahui dengan lafaz ini. Terdapat dalam riwayat al-Dailami hadith 'Amr bin al-'As: "Ambil kiralah tahap akal seseorang lelaki itu pada tiga perkara; iaitu pada panjang janggutnya, kunyahnya dan ukiran cincinnya". Ianya hadith yang sangat lemah.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman