Panggilkan untukku saudaraku

TEKS BAHASA ARAB

ادعوا لي أخى، فدعى له عمر، فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخى، فدعى له أبو بكر، فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعى له عثمان فأعرض، عنه، ثم دعى على بن أبى طالب، فستره بثوبه، وأكب عليه، فلما خرج من عنده. قيل له: ما قال؟ قال: علمني ألف باب كل باب يفتح ألف باب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Panggilkan untukku saudaraku. Lalu Umar dipanggil menghadap Nabi. Lantas Nabi berpaling. Kemudian Nabi SAW bersabda lagi: Panggilkan saudara aku. Lalu Abu Bakar dipanggil. Baginda berpaling sekali lagi. Kemudian Baginda bersabda: Panggil untukku saudaraku. Kemudian Baginda bersabda: Panggilkan untukku saudaraku. Lalu Uthman dipanggil menghadap Baginda. Nabi SAW tetap berpaling. Kemudian Ali Bin Abu Talib pula yang dipanggil. Lantas Nabi SAW menutup tubuh Baginda dengan pakaian Baginda dan menghadap ke arah Ali. Apabila Ali keluar dari bilik Nabi, beliau ditanya: Apa yang Nabi katakan? Ali berkata: Baginda mengajarkan aku 10 pintu. Setiap pintu membuka seribu pintu (kebaikan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1948, hadis nombor 9754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في مرضه: ادعوا لي أخى، فدعى له عمر، فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخى، فدعى له أبو بكر، فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعى له عثمان فأعرض، عنه، ثم دعى على بن أبى طالب، فستره بثوبه، وأكب عليه، فلما خرج من عنده. قيل له: ما قال؟ قال: علمني ألف باب كل باب يفتح ألف باب.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ((الضعيفة)) (6627، 4945)]

(Palsu)
Daripada Abdullah Bin Umar. Beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda sedang sakit: Daripada Abdullah Bin Umar. Beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda sedang sakit: Panggilkan untukku saudaraku. Lalu Umar dipanggil menghadap Nabi. Lantas Nabi berpaling. Kemudian Nabi SAW bersabda lagi: Panggilkan saudara aku. Lalu Abu Bakar dipanggil. Baginda berpaling sekali lagi. Kemudian Baginda bersabda: Panggil untukku saudaraku. Kemudian Baginda bersabda: Panggilkan untukku saudaraku. Lalu Uthman dipanggil menghadap Baginda. Nabi SAW tetap berpaling. Kemudian Ali Bin Abu Talib pula yang dipanggil. Lantas Nabi SAW menutup tubuh Baginda dengan pakaian Baginda dan menghadap ke arah Ali. Apabila Ali keluar dari bilik Nabi, beliau ditanya: Apa yang Nabi katakan? Ali berkata: Baginda mengajarkan aku 10 pintu. Setiap pintu membuka seribu pintu (kebaikan).
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6627]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs