Panggilkan saudaraku. ‘Umar dipanggil, namun Baginda berpaling

TEKS BAHASA ARAB

ادعوا لي أخى فدعى له عمر فأعرض عن، ثم قال: ادعوا لي أخى فدعى له أبو بكر فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعى له عثمان فأعرض عنه ثم دعى على بن أبى طالب فستره بثوبه وأكب عليه فلما خرج من عنده. قيل له: ما قال؟ قال: علمني ألف باب كل باب يفتح ألف باب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Panggilkan saudaraku. ‘Umar dipanggil, namun Baginda berpaling, dan Baginda berkata lagi: Panggilkan saudaraku. Abu Bakar pula dipanggil, namun Baginda masih berpaling, dan berkata: Panggilkan saudaraku. ‘Uthman pula dipanggil, namun Baginda tetap berpaling. Kemudian ‘Ali bin Abu Talib pula dipanggil, lalu Baginda menutupnya dengan pakaian Baginda dan Ali membongkok kepada Baginda. Apabila beliau keluar dari sisi Rasulullah, ada orang bertanya: Apakah yang Baginda ucapkan? ‘Ali memberitahu: Baginda mengajarkanku seribu perkara. Setiap satu perkara membongkar seribu perkara yang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1100, hadis nombor 5577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في مرضه: ادعوا لي أخى فدعى له عمر فأعرض عنه ثم قال: ادعوا لي أخى فدعى له أبو بكر فأعرض عنه، ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعى له عثمان فأعرض عنه ثم دعى على بن أبى طالب فستره بثوبه وأكب عليه فلما خرج من عنده. قيل له: ما قال؟ قال: علمني ألف باب كل باب يفتح ألف باب. [ابن حبان في الضعفاء، عد، الضعيفة (6627)].

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda semasa Baginda sedang sakit: Panggilkan saudaraku. ‘Umar dipanggil, namun Baginda berpaling, dan Baginda berkata lagi: Panggilkan saudaraku. Abu Bakar pula dipanggil, namun Baginda masih berpaling, dan berkata: Panggilkan saudaraku. ‘Uthman pula dipanggil, namun Baginda tetap berpaling. Kemudian ‘Ali bin Abu Talib pula dipanggil, lalu Baginda menutupnya dengan pakaian Baginda dan Ali membongkok kepada Baginda. Apabila beliau keluar dari sisi Rasulullah, ada orang bertanya: Apakah yang Baginda ucapkan? ‘Ali memberitahu: Baginda mengajarkanku seribu perkara. Setiap satu perkara membongkar seribu perkara yang lain. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6627]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs