Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ اسْتَشَارَ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ فِي أَمْرٍ فَقَالا: اللَّهُ ورسوله أعلم . فقال: ادعوا لي مُعَاوِيَةَ. فَلَمَّا وَقَفَ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ: أَحْضِرُوهُ أَمْرَكُمْ، وَأَشْهِدُوهُ أَمْرَكُمْ فَإِنَّهُ قَوِيٌّ أَمِينٌ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW berbincang dengan Abu Bakr dan Umar berkenaan suatu urusan lalu mereka berdua berkata: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Panggil Muawiyah. Apabila dia telah berada di hadapan Nabi Baginda bersabda: Beritahulah dia urusan kalian dan jadikanlah dia saksi urusan kalian. Kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang kuat lagi amanah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr RA
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 405, hadis no. 151. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Abdullah bin Busr secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Marwan bin Janah, seorang perawi yang tidak boleh dijadikan hujah. Dia berkata dalam al-Laali’: Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Marwan. Al-Daraqutni berkata: Tiada masalah dengannya. Ada riwayat sokongan di sisi Ibn Asakir daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan seumpamanya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman