Panggil al-Miqdad datang kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

ادعوا لي المقداد، يا مقداد! أقتلت رجلا يقول: لا إله إلا الله، فكيف لك بلا إله إلا الله غدا؟ فأنزل الله ﴿يا أيها الذين آمنوا إذا ضربتم في سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن ألقى إليكم السلام لست مؤمنا تبتغون عرض الحياة الدنيا فعند الله مغانم كثيرة كذلك كنتم من قبل فمن الله عليكم فتبينوا﴾.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Panggil al-Miqdad datang kepadaku. (Sebaik al-Miqdad tiba, Nabi bersabda): Wahai Miqdad! Adakah engkau telah membunuh seorang lelaki yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah? Bagaimana engkau (hendak menjawab di hadapan Allah) tentang ucapan tauhidnya itu pada hari kiamat kelak? Maka Allah kemudiannya menurunkan ayat: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru)}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 484, hadis nombor 2602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: بعث رسول اللهﷺ سرية فيها المقداد بن الأسود، فلما أتوا القوم وجدوهم قد تفرقوا، وبقي رجل له مال كثير لم يبرح، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله، وأهوى إليه المقداد فقتله، فقال له رجل من أصحابه: أقتلت رجلا شهد أن لا إله إلا الله؟! والله! لأذكرن ذلك للنبي ﷺ، فلما قدموا على رسول الله ﷺ قالوا: يا رسول الله! إن رجلا شهد أن لا إله إلا الله فقتله المقداد! فقال: ((ادعوا لي المقداد، يا مقداد! أقتلت رجلا يقول: لا إله إلا الله، فكيف لك بلا إله إلا الله غدا؟ فأنزل الله ﴿يا أيها الذين آمنوا إذا ضربتم في سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن ألقى إليكم السلام لست مؤمنا تبتغون عرض الحياة الدنيا فعند الله مغانم كثيرة كذلك كنتم من قبل فمن الله عليكم فتبينوا﴾)). [بحشل في ((تاريخ واسط))، البزار، ((الضعيفة)(4109)]

(Lemah)
Dari Ibn Abbas RA beliau berkata: Nabi SAW telah mengutus satu pasukan tentera yang termasuk di dalamnya al-Miqdad bin al-Aswad. Apabila mereka sampai kepada kaum (yang diperangi) tersebut, kaum tersebut telah pun berpecah, yang tinggal hanyalah seorang lelaki yang memiliki banyak harta masih di situ. Lalu dia pun berkata: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah. Tiba-tiba al-Miqdad medekatinya lalu membunuh lelaki tersebut. Lantas salah seorang dari sahabatnya berkata: Adakah kau membunuh seorang lelaki yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah?! Demi Allah! Aku akan beritahu Nabi SAW tentang hal ini. Apabila mereka telah sampai kepada Rasulullah SAW, mereka pun berkata: Wahai Rasulullah! Ada seorang lelaki yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, lalu al-Miqdad membunuhnya! Lalu baginda bersabda: Panggil al-Miqdad datang kepadaku. (Sebaik al-Miqdad tiba, Nabi bersabda): Wahai Miqdad! Adakah engkau telah membunuh seorang lelaki yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah? Bagaimana engkau (hendak menjawab di hadapan Allah) tentang ucapan tauhidnya itu pada hari kiamat kelak? Maka Allah kemudiannya menurunkan ayat: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru)}. [Surah al-Nisa’: 94].
[Riwayat Bahshal dalam Tarikh Wasit, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4109]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs