Pandangan pertama adalah salah, pandangan kedua adalah sengaja

TEKS BAHASA ARAB

النظرة الأولى خطأ، والثانية عمد، والثالثة تدمر. نظر المؤمن إلى محاسن المرأة سهم من سهام إبليس مسموم، من تركها من خشية الله، ورجا ما عنده؛ أثابه الله بذلك عبادة تبلغه لذتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pandangan pertama adalah salah, pandangan kedua adalah sengaja manakala pandangan yang ketiga adalah melampau. Seorang mukmin yang melihat kecantikan aurat perempuan adalah merupakan panahan dari panahan iblis yang beracun, sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, dan mengharap apa yang ada di sisiNya, maka Allah akan memberikannya nikmat beribadah dengan lazat

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis nombor 4174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر–رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((النظرة الأولى خطأ، والثانية عمد، والثالثة تدمر. نظر المؤمن إلى محاسن المرأة سهم من سهام إبليس مسموم، من تركها من خشية الله، ورجا ما عنده؛ أثابه الله بذلك عبادة تبلغه لذتها)).
[حل، ((الضعيفة)) (5970)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pandangan pertama adalah salah, pandangan kedua adalah sengaja manakala pandangan yang ketiga adalah melampau. Seorang mukmin yang melihat kecantikan aurat perempuan adalah merupakan panahan dari panahan iblis yang beracun, sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, dan mengharap apa yang ada di sisiNya, maka Allah akan memberikannya nikmat beribadah dengan lazat.
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs