Pandangan mata itu salah satu panah daripada anak-anak panah syaitan

TEKS BAHASA ARAB

النظرة سهم من سهام إبليس من تركها خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pandangan mata itu salah satu panah daripada anak-anak panah syaitan. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah SWT akan mendatangkan buatnya sebuah keimanan yang dia merasakan kemanisannya di hati.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن حذيفة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((النظرة سهم من سهام إبليس من تركها خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه)).
[القضاعي، ك، ((الضعيفة)) (1065)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pandangan mata itu salah satu panah daripada anak-anak panah syaitan. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah SWT akan mendatangkan buatnya sebuah keimanan yang dia merasakan kemanisannya di hati.
[Riwayat al-Quda’iyy dalam Musnad al-Shihab, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 1065].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs