Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Palitkanlah lipatan surat itu pada tanah sebagai simbol memuliakan sahabatnya

Teks Bahasa Arab

إذا كتب أحدُكم إلى أخيه كتابًا فلا يبدأْ به كائنًا من كان، فإذا فرغ من الكتابِ فَلْيَطْرَحْ عليه من الترابِ، فإنه أنجحُ له في تقديرِ ما قُدَّر، وإذا طوى الكتابَ فَلْيُطَيِّنْهُ فإنه أكرمُ له عندَ صاحبِه.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu menulis satu penulisan kepada saudaranya, lalu dia tidak memulakan dengan dirinya walau siapapun dia. Apabila dia selesai menulis tulisan tersebut, maka lemparkanlah sedikit tanah di atasnya kerana ia lebih mudah mendapat kerjayaan dalam menempuh takdirnya dan apabila dia melipat tulisan itu, maka palitkanlah ia pada tanah kerana cara itu sebagai bentuk dia memuliakan sahabatnya.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis no. 6377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إذا كتب أحدكم إلى أخيه كتابا فلا يبدأ به كائنا من كان، فإذا فرغ من الكتاب فليطرح عليه من التراب؛ فإنه أنجح له في تقدير ما قدر، وإذا طوى الكتاب فليطينه فإنه أكرم له عند صاحبه. [عد، ((الضعيفة)) (2703)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu menulis satu penulisan kepada saudaranya, lalu dia tidak memulakan dengan dirinya walau siapapun dia. Apabila dia selesai menulis tulisan tersebut, maka lemparkanlah sedikit tanah di atasnya kerana ia lebih mudah mendapat kerjayaan dalam menempuh takdirnya dan apabila dia melipat tulisan itu, maka palitkanlah ia pada tanah kerana cara itu sebagai bentuk dia memuliakan sahabatnya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2703]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.