Paksalah mereka untuk bersumpah bahawa mereka telah menyembelihnya

TEKS BAHASA ARAB

أجهدوا أيمانهم أنهم ذبحوها، ثم اذكروا اسم الله وكلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Paksalah mereka untuk bersumpah bahawa mereka telah menyembelihnya, kemudian kalian ucapkanlah nama Allah dan kalian makanlah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 415, hadis nombor 2234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: كان أناس من العرب يأتون باللحم، فكان في أنفسنا منه شيء، فذكرنا ذلك لرسول الله ﷺ؟ فقال: «أجهدوا أيمانهم أنهم ذبحوها، ثم اذكروا اسم الله وكلوا». [طس، أبو الشيخ في «طبقات المحدثين بأصبهان»، «الضعيفة» (5494)].

(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Sesungguhnya sekelompok manusia daripada bangsa Arab telah datang dengan membawa daging. Maka terdetik dalam diri kami sesuatu tentangnya. Lalu kami pun menyebutkan hal demikian kepada Rasulullah ﷺ. Maka Baginda bersabda: "Paksalah mereka untuk bersumpah bahawa mereka telah menyembelihnya, kemudian kalian ucapkanlah nama Allah dan kalian makanlah". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Abū al-Shaykh dalam Ṭabaqāt al-Muḥaddithīn bi Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5494].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs