Pakcik aku telah menceritakan kepada aku bahawa sesungguhnya Abu Bakrah pernah melarang daripada berbekam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حدثتني عمتي كيسة أن أبا بكرة كان ينهى عن الحجامة يوم الثلاثاء، ويزعم عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنه يوم الدم ويقول:((فيه ساعة لا يرقأ فيها الدم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakcik aku telah menceritakan kepada aku bahawa sesungguhnya Abu Bakrah pernah melarang daripada berbekam pada hari Selasa, kerana dia mendakwa bahawa sesungguhnya Rasulullah mengatakan bahawa hari tersebut adalah hari darah dan dia telah berkata: Hari Selasa adalah hari darah, maka padanya (terdapat satu ketika) darah tidak akan berhenti mengalir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis nombor 5935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بكار بن عبد العزيز بن أبي بكرة، قال: حدثتني عمتي كيسة أن أبا بكرة كان ينهى عن الحجامة يوم الثلاثاء، ويزعم عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنه يوم الدم ويقول: ((فيه ساعة لا يرقأ فيها الدم)). [د، عق، ((الضعيفة)) (2251)]

(ٍSangat Lemah)
Daripada ‘Abdul Aziz bin Abu Bakrah telah berkata: Pakcik aku telah menceritakan kepada aku bahawa sesungguhnya Abu Bakrah pernah melarang daripada berbekam pada hari Selasa, kerana dia mendakwa bahawa sesungguhnya Rasulullah mengatakan bahawa hari tersebut adalah hari darah dan dia telah berkata: Hari Selasa adalah hari darah, maka padanya (terdapat satu ketika) darah tidak akan berhenti mengalir.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan beliau, dan al-‘Uqayli dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2251]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.