Pakailah serban dan bezakanlah (dirimu)dari umat- umat sebelum kamu

TEKS BAHASA ARAB

اعتموا، خالفوا على الأمم قبلكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah serban dan bezakanlah (dirimu)dari umat- umat sebelum kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن خالد بن معدان، قال: أتي النبي – صلى الله عليه وسلم- بثياب من الصدقة، فقسمها بين أصحابه، فقال: ((اعتموا، خالفوا على الأمم قبلكم)). [هب، ((الضعيفة)) (2347)].

(Palsu)
Daripada Khalid bin Ma’dan berkata: Telah datang Nabi SAW dengan pakaian hasil daripada sedekah. Lalu baginda membahagikannya dalam kalangan sahabatnya. Baginda bersabda: ((Pakailah serban dan bezakanlah (dirimu)dari umat- umat sebelum kamu.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2347].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs