Pakailah serban, akan bertambah sifat lembah lembut

TEKS BAHASA ARAB

اعتموا تزدادوا حلما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah serban, akan bertambah sifat lembah lembut.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 55, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 1/ رقم 517) وابن عدي في الكامل (ق 274/ 2) من طريق يونس بن أبي إسحاق، حدثني ابني عيسى، عن عبيد الله بن أبي حميد، عن أبي المليح، عن أبيه أسامة بن عمير مرفوعاً. قال الهيثمي (5/ 119) : فيه عبيد الله بن أبي حميد، وهو متروك.
قلت: وقد اختلف على أبي المليح فيه. فأخرجه الخطيب (11/ 394) ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (3/45) من طريق سعيد بن سلام ثنا عبيد الله بن أبي حميد عن أبي المليح عن أبي عباس مرفوعاً فجعله من مسند ابن عباس قال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح قال أحمد بن حنبل: سعيد بن سلام كذاب، كذاب. ولكنه لم يتفرد به فأخرجه البزار (3/362) وأبو الشيخ في الأمثال (248) عن عتاب بن حرب، والحاكم (4/193) عن أبي الوليد كلاهما عن عبيد الله بن أبي حميد عن أبي المليح عن ابن عباس مرفوعاً قال البزار: لا نعلم له طريق عن ابن عباس إلا هذا واختلف فيه عن ابن المليح فرواه عيسى بن يونس عن عبيد الله بن أبي حميد عن أبي المليح عن أبيه وإنما أبي الاختلاف من عبيد الله لأنه لم يكن حافظاً قلت: وقوله: لا نعلم له طريقاً عن ابن عباس إلا هذا متعقب بما أخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 12946) قال: حدثنا محمد بن صالح بن الوليد النرسي ثنا هلال بن بشر، ثنا عمران بن تمام، عن أبي جمرة عن ابن عباس مرفوعاً فذكره بلفظه قال الهيثمي (5/ 119) : فيه عمران بن تمام ضعفه أبو حاتم بحديث غير هذا وبقية رجاله ثقات نقل الأخ حمدي السلفي تعليقه على المعجم أن شيخنا حافظ الوقت الألباني حفظه الله نشر مقالاً في مجلة المسلمون (ص 80 عدد 9ج 6) وقال: لم أجد لشيخ الطبراني ترجمة فيهما لديّ من كتب الرجال أ. هـ‍.. فهذا طريق ضعيف أيضاً فلا يتعجب حينئذ من قول الحاكم في طريق ابن عباس السابق إسناده صحيح. فإن للحاكم أوهام كثيرة في المستدرك يعرفها من أدمن النظر فيه ويتبعه الذهبي كثيراً لكنه تعقبه في هذا الحديث بقوله: عبيد الله تركه أحمد وقال الحافظ في الفتح (10/ 273) : أخرجه الطبراني والترمذي في العلل المفرد وضعفه البخاري وقد صححه الحاكم فلم يصب أ. هـ‍. وقد حاول السيوطي في اللآلئ كما هو دأبه أن يتعقب ابن الجوزي فلم يصب في بحثه وأورد للحديث شواهد ليس فيها محل الشاهد المتنازع عليه ومع ذلك فليس فيها شيء يصح النظر لذلك تنزيه الشريعة (2/ 271 – 272) لابن عراق والله أعلم.

Dha’if Jiddan (Terlalu Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 1/hadith : 517) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (hlm. 274/2) melalui sanad Yunus bin Abi Isihaq, katanya ‘Isa telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ubaidullah bin Abi Hamid daripada Abu al-Malih daripada ayahnya Usamah bin ‘Umair secara marfu’. Al-Haythami (5/119) berkata: "Dalam sanadnya terdapat ‘Ubaidullah bin Abi Hamid, beliau seorang yang Matruk (Terlalu Dha’if)".
Saya berkata: Telah berlaku perbezaan riwayat ke atas Abu al-Malih dalam sanad tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Al-Khatib (11/394) dan juga Ibn al-Jawzi melalui sanad al-Khatib dalam al-Mawdhu’at (3/45) melalui sanad Sa’id bin Salam, katanya ‘Ubaidullah bin Abi Hamid daripada Abu al-Malih daripada Ibn ‘Abbas. Beliau menjadikan hadith ini melalui Musnad Ibn ‘Abbas. Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini tidak sahih". Ahmad bin Hanbal berkata: "Sa’id bin Salam kaki dusta, kaki dusta…". Namun, beliau tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini. Al-Bazzar (3/362) dan Abu al-Syeikh dalam al-Amali (248) telah mengeluarkannya daripada ‘Attab bin Harb. Al-Hakim pula (4/193) daripada Abu al-Walid, kedua-dua mereka (‘Attab dan Abu al-Walid) meriwayatkan daripada ‘Ubaid bin Abi Hamid daripada Abu al-Malih daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’.
Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui adanya sanad lain daripada Ibn ‘Abbas selain sanad ini. Berlaku perbezaan riwayat bagi sanad tersebut daripada Abu al-Malih. ‘Isa bin Yunus telah meriwayatkannya daripada ‘Ubaidullah bin Abi Hamid daripada Abu al-Malih daripada ayahnya. Sebenarnya penambahan ‘ayah", perbezaan tersebut berpunca daripada ‘Ubaidullah, kerana beliau bukan seorang hafiz". Saya berkata: Kata al-Bazzar: "Tidak kami ketahui adanya sanad lain daripada Ibn ‘Abbas selain sanad ini" boleh dikritik melalui hadith yang telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/hadith : 12946), katanya Muhammad bin Soleh bin al-Walid al-Nursi telah menceritakan kepada kami, katanya Hilal bin Bushr telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Imran bin Tamam telah menceritakan kepada kami daripada Abi Hamzah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan lafaz hadith tersebut.
Al-Haythami (5/119) berkata: "Dalam sanad terdapat ‘Imran bin Tamam, Abu Hatim telah menilai beliau sebagai dha’if melalui hadith beliau yang lain, perawi-perawinya thiqah". Saudara Hamdi al-Salafi telah menukilkan dalam komentar beliau kepada al-Mu’jam bahawa guru kami al-Hafiz zaman kini, al-Albani hafizahullah telah terbitkan melalui satu makalah dalam Majallah al-Muslimun (hlm 80, bilangan 9, juz 6), kata beliau: "Saya tidak menemui biografi bagi guru kepada al-Tabarani menerusi kitab-kitab perawi hadith yang ada pada saya". Sanad ini juga adalah dha’if. Tidaklah pelik apabila keluar daripada kata-kata al-Hakim berkenaan sanad Ibn ‘Abbas yang lalu: "Sanadnya sahih". Ini kerana al-Hakim mempunyai banyak kekeliruan dalam al-Mustadrak yang boleh diketahui bagi sesiapa yang menelitinya. Al-Zahabi pula banyak menuruti beliau. Namun, pada hadith ini al-Zahabi telah memberikan komentar: "Ubaidullah telah ditinggalkan oleh Ahmad". Al-Hafiz pula berkata dalam al-Fath (10/273): "Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dan al-Tirmizi dalam al-‘Ilal al-Mufrad. Al-Bukhari telah menilainya sebagai dha’if. Al-Hakim pula menilainya sebagai sahih, beliau tidak tepat". Al-Suyuti pula dalam al-La’ali – sebagaimana kebiasaannya – cuba untuk memberikan komentar terhadap al-Zahabi, namun beliau tidak tepat dalam kajiannya. Beliau telah membawa sokongan terhadap hadith tersebut, namun tidak ada pun sudut sokongan terhadap perawi yang dipertikaikan. Disamping itu, tidak satu pun yang sahih hadith-hadith tersebut. Untuk lebih lanjut lihat Tanzih al-Shari’ah (2/271-272) oleh Ibn ‘Arraq. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs