Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتخِذُوا السَّراوِيلاتِ فإِنَّها مِنْ أَسْتَرِ ثِيَابِكُمْ وَحصِّنُوا بِها نِساءَكُمْ إِذا خَرَجْنَ.
Teks Bahasa Melayu
Pakailah seluar-seluar, kerana ia merupakan pakaian kamu yang paling terpelihara, dan jagalah wanita-wanita kamu menggunakan seluar-seluar tersebut apabila mereka keluar.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 7, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia adalah riwayat Ibrahim bin Zakariyya daripada Qatadah daripada Qudamah bin Dhamrah daripada al-Asbagh bin Nubatah daripada 'Ali. Al-Asbagh seorang kaki dusta. Namun, al-Zahabi berkata: "Sesungguhnya hadith tersebut termasuk hadith-hadith palsu (yang berpunca daripada) Ibrahim Ibn Zakariyya". Saya berkata: Beliau juga telah meriwayatkannya pada kali yang lain dengan lafaz: "Ya Allah! Rahmatilah wanita-wanita yang memakai seluar dalam kalangan umatku", juga akan disebutkan oleh penulis (al-Suyuti).
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman