Pakailah selipar kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: خذوا زينة الصلاة قالوا: وما زينة الصلاة؟ قال: البسوا نعالكم وصلوا فيها.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ambilah perhiasan solat kamu. Sahabat berkata: Apakah perhiasan solat wahai Rasulullah SAW?. Nabi SAW bersabda: Pakailah selipar kamu, dan solatlah dengan memakainya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 23-24, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن الفضل كذاب.
وقد رواه أبو الشيخ من طريق أخرى.
ورواه العقيلي من طريق عباد ابن جويرية وهو كذاب. ورواه الخطيب وابن مردويه من غير طريق هذين الكذابين.
وقد ثبت في الأحاديث الصحيحة الثابتة عن أكثر من ثلاثين صحابيا في الصلاة في النعال ما لا يحتاج معه إلى أحاديث الكذابين.
منها: صلوا في نعالكم وخالفوا اليهود.
أخرجه أبو داود والحاكم وصححه.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu (yang disandarkan pada nabi) dan pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin al-Fadhl seorang pendusta. Abu al-Syaikh meriwayatkan daripada jalan lain. al-Uqaili meriwayatkan daripada jalan Abbad bin Juwairiyyah dan dia adalah pendusta. al-Khatib dan Ibn Marduyah meriwayatkan bukan melalui jalan dua orang pendusta di atas. Telah sabit daripada hadith-hadith yang sahih lebih daripada tiga puluh orang sahabat solat dengan memakai selipar tanpa memerlukan riwayat daripada pendusta diatas. Diantaranya hadith: “Solatlah dengan selipar-selipar kamu dan bezakanlah dengan Yahudi”. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim dan beliau menyatakan hadith ini sahih.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon