TEKS BAHASA ARAB
البس الخشن الضيق حتى لا يجد العز والفخر فيك مساغا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pakailah pakaian yang keras lagi sempit (yang tidak besar), supaya kemegahan dan kesombongan tidak mendapati sebarang ruang (untuk berada) di dalam diri kamu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis nombor 732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الضحاك، قال: قال صلى الله عليه وسلم لأبي ذر: ((البَس الخشِنَ الضيِّقَ حتى لا يَجدَ العِزُّ والفخرُ فيكَ مساغاً)). [ابن منده، الديلمي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (7045)].
(Munkar)
Daripada al-Ḍaḥḥāk, beliau berkata: Nabi SAW berkata kepada Abū Dzar: Pakailah pakaian yang keras lagi sempit (yang tidak besar), supaya kemegahan dan kesombongan tidak mendapati sebarang ruang (untuk berada) di dalam diri kamu.
[Riwayat Ibn Mandah dalam al-Ma’rifah, al-Daylamī dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7045]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.