Pakailah pakaian yang kasar dan ketat

TEKS BAHASA ARAB

البس الخشن الضيق حتى لا يجد العز والفخر فيك مساغا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah pakaian yang kasar dan ketat sehingga kamu tidak menemui peluang untuk berbangga-bangga dan bermegah-megah pada dirimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 645-646, hadis nombor 3340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن الضحاك، قال: قال ﷺ لأبي ذر: «البس الخشن الضيق حتى لا يجد العز والفخر فيك مساغا». [ «الضعيفة» (7045]

(Munkar) Daripada al-Dahhak berkata: Rasulullah SAW berkata kepada Abu Zar: “Pakailah pakaian yang kasar dan ketat sehingga kamu tidak menemui peluang untuk berbangga-bangga dan bermegah-megah pada dirimu.” [Lihat Silsilah Al-Da’ifah, no. 7045]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs