Pakailah pakaian yang kasar dan ketat sehingga kemuliaan dan kehebatan tidak lagi terdapat pada dirimu

TEKS BAHASA ARAB

البس الخشن الضيق حتى لا يجد العز والفخر فيك مساغا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah pakaian yang kainnya kasar dan potongannya tidak besar (yang sekiranya dipakai boleh menimbulkan kesombongan), agar rasa kemuliaan dan kehebatan tidak menguasai dirimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643, hadis nombor 8309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الضحاك، قال: قال صلى الله عليه وسلم لأبي ذر: ((البَس الخشِنَ الضيِّقَ حتى لا يَجدَ العِزُّ والفخرُ فيكَ مساغاً)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (7045)].

(Munkar)
Daripada al-Dahhak, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Abi Dzar: ((Pakailah pakaian yang kainnya kasar dan potongannya tidak besar (yang sekiranya dipakai boleh menimbulkan kesombongan), agar rasa kemuliaan dan kehebatan tidak menguasai dirimu.))
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7045].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs