Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْبَسْ الْخَشِنَ الضَّيِّقَ حَتَّى لَا يَجِدَ الْعِزُّ وَالْفَخْرُ فِيكَ مَسَاغاً.
Teks Bahasa Melayu
Pakailah pakaian yang kainnya kasar dan potongannya tidak besar (yang sekiranya dipakai boleh menimbulkan kesombongan), agar rasa kemuliaan dan kehebatan tidak menguasai dirimu.
Sahabat Perawi
- al-Dahhak
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643, hadis no. 8309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الضحاك، قال: قال صلى الله عليه وسلم لأبي ذر: ((البَس الخشِنَ الضيِّقَ حتى لا يَجدَ العِزُّ والفخرُ فيكَ مساغاً)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (7045)].
(Munkar) Daripada al-Dahhak, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Abi Dzar: ((Pakailah pakaian yang kainnya kasar dan potongannya tidak besar (yang sekiranya dipakai boleh menimbulkan kesombongan), agar rasa kemuliaan dan kehebatan tidak menguasai dirimu.)) [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7045].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman