Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Pakailah pakaian yang kasar dan ketat

Teks Bahasa Arab

البَس ‌الخشِنَ ‌الضيِّقَ حتى لا يَجدَ العِزُّ والفخرُ فيكَ مساغاً.

Teks Bahasa Melayu

Pakailah pakaian yang kasar dan ketat sehingga kamu tidak menemui peluang untuk berbangga-bangga dan bermegah-megah pada dirimu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 645-646, hadis no. 3340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن الضحاك، قال: قال ﷺ لأبي ذر: «البس الخشن الضيق حتى لا يجد العز والفخر فيك مساغا». [ «الضعيفة» (7045]

(Munkar) Daripada al-Dahhak berkata: Rasulullah SAW berkata kepada Abu Zar: “Pakailah pakaian yang kasar dan ketat sehingga kamu tidak menemui peluang untuk berbangga-bangga dan bermegah-megah pada dirimu.” [Lihat Silsilah Al-Da’ifah, no. 7045]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.