TEKS BAHASA ARAB
ائتزروا كما رأيت الملائكة تأتزر عند ربها إلى أنصاف سوقها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pakailah kain sepertimana malaikat memakai kain di sisi Tuhan, iaitu hingga ke pertengahan betis.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis nombor 8128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ائتزروا كما رأيت الملائكة تأتزر عند ربها إلى أنصاف سوقها)). [طس، فر، ((الضعيفة)) (1653)].
(Palsu)
Daripada Abdullah bin ‘Amr RAHUMA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pakailah kain sepertimana malaikat memakai kain di sisi Tuhan, iaitu hingga ke pertengahan betis.))
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1653].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.