Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Pakailah kain sepertimana aku melihat malaikat memakai kain di sisi Tuhannya

Teks Bahasa Arab

ائْتَزِرُوا كَمَا رأيْتُ المَلَائِكَةَ تَأتَزِرُ عِنْدَ رَبِّهَا إِلَى أنْصَافِ سُوقِهَا.

Teks Bahasa Melayu

Pakailah kain sepertimana aku melihat malaikat memakai kain di sisi Tuhannya, (iaitu) ke para tengah betisnya

Sahabat Perawi

  1. Amr bin Shu'aib dari ayahnya dari datuknya

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 5, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Muthanna telah bersendirian meriwayatkannya daripada 'Amr, al-Muthanna seorang perawi dha'if lagi munkar hadithnya. Kerana beliaulah al-Hafiz menilai cacat terhadap hadith tersebut.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.