Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اختَضِبُوا بالحِنَّاءِ، فإنه يُسَكِّنُ الرَّوْعَ، ويُطَيِّبُ الرِّيحَ.
Teks Bahasa Melayu
Pakailah inai kerana ia akan mendamaikan jiwa yang gelisah dan menjadikan nafas berbau segar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis no. 8130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اختضبوا بالحناء، فإنه يسكن الروع، ويطيب الريح)). [ع، تمام، ((الضعيفة)) (1505)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pakailah inai kerana ia akan mendamaikan jiwa yang gelisah dan menjadikan nafas berbau segar.)) [Riwayat Abi Ya’la di dalam Musnadnya dan Tamam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1505].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman