Pakailah cincin dengan batu akik

TEKS BAHASA ARAB

حديث: تختموا بالعقيق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Pakailah cincin dengan batu akik.

STATUS

Warid

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 65, hadis nombor 146. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

"144 – حَدِيث: تختموا بالزبرجد، فَإِنَّهُ يسر لَا عسر فِيهِ. قَالَ ابْن حجر: مَوْضُوع.
145 – حَدِيث: تختموا بالزمرد فَإِنَّهُ يَنْفِي الْفقر.
146 – وَأما: تختموا بالعقيق، فوارد."

144- Hadith: “Pakailah cincin dengan zabarjad, kerana ia mudah dan tidak ada kesukaran padanya". Ibn Hajar berkata: Ia palsu.
145- Hadith: "Pakailah cincin dengan zamrud kerana ia mengelakkan kefakiran".
146- Adapun hadith: “Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq”, maka ia adalah warid.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs