Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَخَتَّمُوا بالخواتِمِ العقيقِ، فإِنَّهُ لَا يُصيبُ أحدَكم غمٌّ ما دامَ علَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pakailah cincin akik kerana kamu tidak akan pernah merasa sedih selama mana masih memakainya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis no. 8104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، مرفوعا: ((تختموا بالخواتم العقيق فإنه لا يصيب أحدكم غم ما دام عليه)). [فر، ((الضعيفة)) (229)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pakailah cincin akik kerana kamu tidak akan pernah merasa sedih selama mana masih memakainya.)) [Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 229].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman