Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَخَتَّمُوا بالعقيقِ فإِنَّهُ مُبَارَكٌ.
Teks Bahasa Melayu
Pakailah cincin akik, kerana ia diberkati.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis no. 8106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها، مرفوعا: تختموا بالعقيق؛ فإنه مبارك. [المحاملي في ((الأمالي))، خط، عق، ((الضعيفة)) (226)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pakailah cincin akik, kerana ia diberkati. [Riwayat al-Muhamiliy dalam al-Amaliy, al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād, al-Uqailiy dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 226].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman