Pakailah cincin akik, kerana ia akan membuatkan urusanmu berjaya

TEKS BAHASA ARAB

تختموا بالعقيق؛ فإنه أنجح للأمر، واليمنى أحق بالزينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah cincin akik, kerana ia akan membuatkan urusan berjaya. Dan tangan kanan lebih berhak untuk dipakaikan perhiasan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis nombor 8105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: تختموا بالعقيق؛ فإنه أنجح للأمر، واليمنى أحق بالزينة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (228)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Pakailah cincin akik, kerana ia akan membuatkan urusan berjaya. Dan tangan kanan lebih berhak untuk dipakaikan perhiasan.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 228]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs