Pakailah celak pada waktu malam. Ithmid (sejenis celak) akan memperelokkan penglihatan dan menumbuhkan rambut (bulu mata)

TEKS BAHASA ARAB

لا تكتحل وأنت صائم، واكتحل ليلا، الإثمد يجلو البصر، وينبت الشعر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu memakai celak ketika kamu berpuasa, pakailah celak pada waktu malam. Ithmid (sejenis celak) akan memperelokkan penglihatan dan menumbuhkan rambut (bulu mata).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis nombor 8196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معبد بن هوذة الأنصاري – وكان أتي به النبي – صلى الله عليه وسلم-، فمسح على رأسه – وقال: ((لا تكتحل وأنت صائم، واكتحل ليلاً، الإثمد يجلو البصر، وينبت الشعر)). [تخ، د، هق، ((الضعيفة)) (3369)].

(Lemah)
Daripada Ma’bad bin Hawzah al-Ansari, pada ketika beliau didatangi Nabi SAW, lalu baginda mengusap kepalanya dan bersabda: “Janganlah kamu memakai celak ketika kamu berpuasa, pakailah celak pada waktu malam. Ithmid (sejenis celak) akan memperelokkan penglihatan dan menumbuhkan rambut (bulu mata).”
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, Abu Dawud dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3369].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs