Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَكتَحلْ وأنتَ صائمٌ، اكتِحلْ ليلًا، الإثمِدُ يَجلو البصرَ، ويُنبِتُ الشَّعرَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu memakai celak ketika kamu berpuasa, pakailah celak pada waktu malam. Ithmid (sejenis celak) akan memperelokkan penglihatan dan menumbuhkan rambut (bulu mata).
Sahabat Perawi
- Ma’bad bin Hawzah al-Ansari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis no. 8196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معبد بن هوذة الأنصاري - وكان أتي به النبي - صلى الله عليه وسلم-، فمسح على رأسه - وقال: ((لا تكتحل وأنت صائم، واكتحل ليلاً، الإثمد يجلو البصر، وينبت الشعر)). [تخ، د، هق، ((الضعيفة)) (3369)].
(Lemah) Daripada Ma’bad bin Hawzah al-Ansari, pada ketika beliau didatangi Nabi SAW, lalu baginda mengusap kepalanya dan bersabda: “Janganlah kamu memakai celak ketika kamu berpuasa, pakailah celak pada waktu malam. Ithmid (sejenis celak) akan memperelokkan penglihatan dan menumbuhkan rambut (bulu mata).” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, Abu Dawud dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3369].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman