Pakailah amamah (kain penutup/serban) di kepalamu maka akan bertambahlah keyakinan diri

TEKS BAHASA ARAB

اعتموا تزدادوا حلما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah amamah (kain penutup/serban) di kepalamu maka akan bertambahlah keyakinan diri.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis nombor 8176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي المليح عن أبيه مرفوعا: اعتموا تزدادوا حلما.
[طب، عد، أبو عبدالله الضبي في ((الأمالي))، ابن الزفتي في ((حديث هشام بن عمار))، ك، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2819)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu al-Malih, daripada bapanya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pakailah amamah (kain penutup/serban) di kepalamu maka akan bertambahlah keyakinan diri.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abu Abdullah al-Dhabi dalam Al-Amali, Ibn Al-Zufti dalam Hadith Hisham bin Ammar, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2819]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs