Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خِرْقَةُ التَّصَوُّفِ وَأَنَّ الْحَسَنَ لَبِسَهَا مِنْ عَلِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Pakaian (yang dipakaikan oleh guru kepada murid sebagai lambang pengiktirafan dalam) tasawwuf, al-Hasan memakainya daripada 'Ali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 35, hadis no. 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Dihyah dan Ibn al-Solah berkata: "Batil", Ibn Hajar pula berkata: "Tidak ada satu pun sanadnya yang thabit dan para Imam hadith tidak pernah menetapkan bahawa al-Hasan mendengar hadith daripada 'Ali, apa lagi memakaikan pakaian kepadanya". Segolongan yang mengingkarinya hingga kepada orang yang memakainya dan memakaikannya memakainya seperti al-Dumyati, al-Zahabi, al-Hikari, Abu Hayyan, al-'Ala'ei, Mughlatai, al-'Iraqi, al-Abnasi, al-Burhan al-Halabi, Ibn Nasr al-Din dan al-Sakhawi.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman