Lemah
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْدِيَةُ الْغُزَاةِ السُّيُوفُ.
Teks Bahasa Melayu
Pakaian seorang pahlawan adalah pedang.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1642, hadis no. 8304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم: ((أردية الغزاة السيوف)). [عب، ((الضعيفة)) (7007)].
(Lemah) Daripada al-Hasan, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Pakaian seorang pahlawan adalah pedang.)) [Riwayat Abd al-Razzaq di dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7007)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman