Pakaian para malaikat sehingga paras separuh betis mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أنس! لباس الملائكة إلى أنصاف سوقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas! Pakaian para malaikat sehingga paras separuh betis mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 529, hadis nombor 2806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «يا أنس! لباس الملائكة إلى أنصاف سوقها».
[عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (5671)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Anas! Pakaian para malaikat sehingga paras separuh betis mereka.
[Riwayat al-‘Uqailī dalam kitab al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jauzī dalam kitab al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.