Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pakaian para malaikat itu, dipakai sampai ke pertengahan betisnya

Teks Bahasa Arab

حديث: لباس الملائكة إلى أنصاف سوقها.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Pakaian para malaikat itu, dipakai sampai ke pertengahan betisnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 192, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا وهو موضوع. قال في اللآلىء: له شاهد من حديث بريدة وابن عمرو .

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan ia palsu. Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Baginya penyokong dari hadith Buraidah dan Ibn Amr.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.