Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pakaian Musa AS pada hari ketika mana Allah bercakap dengannya

Teks Bahasa Arab

كان على موسى يَومَ كَلَّمَهُ ربُّهُ كساء صوفٍ، وجبَّة صوف، وكُمَّةُ صوف، وسراويل صوف، وكانت نَعْلَاهُ من جِلْد حمارٍ مَيِّت.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari Tuhan Musa bercakap dengannya, pakaiannya daripada bulu biri-biri, jubahnya daripada bulu biri-biri, seluarnya juga dan kedua sepatunya daripada kulit keldai yang telah mati.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah Ibn Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis no. 8214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كان على موسى يوم كلمه ربه كساء صوف، وجبة صوف، وكمة صوف، وسراويل صوف، وكانت نعلاه من جلد حمار ميت)). [ت، ك، ((الضعيفة)) (4082)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pada hari Tuhan Musa bercakap dengannya, pakaiannya daripada bulu biri-biri, jubahnya daripada bulu biri-biri, seluarnya juga dan kedua sepatunya daripada kulit keldai yang telah mati.)) [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4082].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.