TEKS BAHASA ARAB
يا عمار! إنما يغسل الثوب من خمس: من الغائط، والبول، والقيء، والدم، والمني. يا عمار! ما نخامتك، ودموع عينيك، والماء الذي في ركوتك إلا سواء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Ammar! Pakaian itu dibasuh hanya kerana lima sebab: Kerana terkena najis (air besar), kencing, muntah, darah dan air mani. Wahai ‘Ammar! Kahak kamu, air mata kamu dan air yang terdapat dalam bekas itu sama sahaja.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis nombor 6173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن عمار بن ياسر رضي الله عنه، قال: أتى علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا على بئر؛ أدلو ماء في ركوة لي، فقال: يا عمار! ما تصنع؟ قلت: يا رسول الله! بأبي وأمي؛ أغسل ثوبي من نخامة أصابته. فقال: يا عمار! إنما يغسل الثوب من خمس: من الغائط، والبول، والقيء، والدم، والمني. يا عمار! ما نخامتك، ودموع عينيك، والماء الذي في ركوتك إلا سواء.
[البزار، قط، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4849)]
(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ammar bin Yasir RA, katanya: Rasulullah SAW pernah datang menemuiku, ketika itu aku berada di sebuah perigi, aku sedang menimba air ke dalam sebuah bekas milikku. Baginda bertanya: Wahai ‘Ammar! Apakah yang sedang kamu lakukan? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku! Aku sedang membasuh pakaianku yang terkena kahak. Baginda pun bersabda: Wahai ‘Ammar! Pakaian itu dibasuh hanya kerana lima sebab: Kerana terkena najis (air besar), kencing, muntah, darah dan air mani. Wahai ‘Ammar! Kahak kamu, air mata kamu dan air yang terdapat dalam bekas itu sama sahaja.
[Riwayat al-Bazzar, al-Daraqutni dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4849]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.