Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عمارُ! إنما يُغسل الثوبُ من خمسٍ: من الغائطِ، والبولِ، والقيءِ، والدمِ، والمنيِّ. يا عمارُ! ما نخامتُك، ودموعُ عينيكَ، والماءُ الذي في ركوتِك إلا سواءً.
Teks Bahasa Melayu
Wahai 'Ammar! Pakaian itu dibasuh hanya kerana lima sebab: Kerana terkena najis (air besar), kencing, muntah, darah dan air mani. Wahai 'Ammar! Kahak kamu, air mata kamu dan air yang terdapat dalam bekas itu sama sahaja.
Sahabat Perawi
- Ammar bin Yasir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis no. 6173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمار بن ياسر رضي الله عنه، قال: أتى علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا على بئر؛ أدلو ماء في ركوة لي، فقال: يا عمار! ما تصنع؟ قلت: يا رسول الله! بأبي وأمي؛ أغسل ثوبي من نخامة أصابته. فقال: يا عمار! إنما يغسل الثوب من خمس: من الغائط، والبول، والقيء، والدم، والمني. يا عمار! ما نخامتك، ودموع عينيك، والماء الذي في ركوتك إلا سواء. [البزار، قط، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4849)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Ammar bin Yasir RA, katanya: Rasulullah SAW pernah datang menemuiku, ketika itu aku berada di sebuah perigi, aku sedang menimba air ke dalam sebuah bekas milikku. Baginda bertanya: Wahai 'Ammar! Apakah yang sedang kamu lakukan? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku! Aku sedang membasuh pakaianku yang terkena kahak. Baginda pun bersabda: Wahai 'Ammar! Pakaian itu dibasuh hanya kerana lima sebab: Kerana terkena najis (air besar), kencing, muntah, darah dan air mani. Wahai 'Ammar! Kahak kamu, air mata kamu dan air yang terdapat dalam bekas itu sama sahaja. [Riwayat al-Bazzar, al-Daraqutni dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4849]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman