Pahala zikir melebihi pahala sedekah

TEKS BAHASA ARAB

إن الذكر في سبيل الله -تعالى- يضعف فوق النفقة بسبع مئة ضعف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya (ganjaran) zikir pada jalan Allah Taala dilipatgandakan melebihi perbelanjaan (pada jalan Allah) sebanyak 700 kali ganda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis nombor 7361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن أنس -رضي الله عنه- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الذكر في سبيل الله -تعالى- يضعف فوق النفقة بسبع مئة ضعف)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (2598)].

(Lemah)
Daripada Mu‘ādh bin Anas RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya (ganjaran) zikir pada jalan Allah Taala dilipatgandakan melebihi perbelanjaan (pada jalan Allah) sebanyak 700 kali ganda.
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2598]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs