Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الذِّكرَ في سبيلِ اللهِ تعالَى يُضعَّفُ فوقَ النَّفقةِ بَسبعِ مئةِ ضِعفٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya (ganjaran) zikir pada jalan Allah Taala dilipatgandakan melebihi perbelanjaan (pada jalan Allah) sebanyak 700 kali ganda.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis no. 7361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن أنس -رضي الله عنه- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الذكر في سبيل الله -تعالى- يضعف فوق النفقة بسبع مئة ضعف)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (2598)].
(Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Anas RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya (ganjaran) zikir pada jalan Allah Taala dilipatgandakan melebihi perbelanjaan (pada jalan Allah) sebanyak 700 kali ganda. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2598]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman