Pahala orang yang berjalan itu adalah seperti melakukan 70 kali haji

TEKS BAHASA ARAB

قدم على النبي – صلى الله عليه وسلم – ‌جماعة ‌من ‌مزينة وجماعة من هذيل وجماعة من جهينة فقالوا: يا رسول الله! خرجنا إلى مكة مشاة، وقوم يخرجون ركبانا، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((للماشي أجر سبعين حجة، وللراكب أجر ثلاثين حجة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Datang kepada Nabi SAW sekumpulan manusia dari Muzayanah, Huzail dan juga Juhainah lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Kami keluar dari Mekah dalam keadaan berjalan kaki, ada kaum yang keluar dalam keadaan menaiki kenderaan, lalu Nabi SAW bersabda: “Pahala orang yang berjalan itu adalah seperti melakukan 70 kali haji, manakala bagi orang yang menaiki kenderaan itu 30 kali haji."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 726, hadis nombor 3702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة: قدم على النبي – صلى الله عليه وسلم – ‌جماعة ‌من ‌مزينة وجماعة من هذيل وجماعة من جهينة فقالوا: يا رسول الله! خرجنا إلى مكة مشاة، وقوم يخرجون ركبانا، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((للماشي أجر سبعين حجة، وللراكب أجر ثلاثين حجة)). [طس، ((الضعيفة)) (497)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Datang kepada Nabi SAW sekumpulan manusia dari Muzayanah, Huzail dan juga Juhainah lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Kami keluar dari Mekah dalam keadaan berjalan kaki, ada kaum yang keluar dalam keadaan menaiki kenderaan, lalu Nabi SAW bersabda: “Pahala orang yang berjalan itu adalah seperti melakukan 70 kali haji, manakala bagi orang yang menaiki kenderaan itu 30 kali haji.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 497]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs